23 Mei 2011

Bengkel Baju Kurung 4 & 5 Jun 2011

Alhamdulillah, semua peserta telah mendaftar untuk keempat-empat bengkel yang saya rancang pada bulan Jun dan Julai ini. Ini kerana pada bulan Ogos (puasa) saya akan berehat daripada mengadakan kelas/bengkel kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang jahitan.

Insyallah, kelas/bengkel jahitan akan disambung semula selewat-lewatnya pada bulan Oktober ini.

Mudah-mudahan Allah swt memberi saya kesihatan yang baik supaya saya dapat menumpahkan segala ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk manfaat semua peserta.

JUN 2011

4& 5/Sabtu & Ahad: Bengkel Intensif Baju Kurung - Shah Alam (tempat akan diberitahu kemudian)
Tempat: Dipindahkan ke
Bilik Seminar 3, Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran, Tmn Tun Dr Ismail. (03-77282127 / www.masjidalghufran.com.my)
i. Azizah (Kelana Jaya)
ii. Maizatul (TTDI Jaya)
iii. Fiza (Shah Alam)
iv. Nur Azila (Kelana Jaya)
v. Akma (USJ)


NOTA:
1. Sebahagian peserta telah pun menjelaskan bayaran bayaran pendahuluan sebanyak RM50.
2. Manakala peserta yang belum lagi menjelaskan bayaran pendahuluan, bolehlah berbuat demikian selewat-lewatnya seminggu sebelum bengkel ke akaun Maybank
162133238097 (atas nama Norhayati Binti Ismail) dan catat emel: tikfashion@yahoo.com.
3. Wang ini tidak akan dipulangkan sekiranya peserta membatalkan hasrat belajar tanpa alasan yang kukuh.

09 Mei 2011

Bengkel Jahitan Pertama: "Sekarang baru saya enjoy menjahit."

"Pada peringkat awal, memang saya kabur tentang jahitan ni. Setelah bersabar mengikutinya, barulah saya enjoy," ulas salah seorang peserta Bengkel Intensif Jahitan Baju Kurung yang diadakan di Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail pada hujung minggu yang lalu.

Dunia jahitan sememangnya dunia yang baru bagi mereka. Melalui bengkel ini mereka mula belajar macam-macam tentang jahitan... kaedah mengukur ukuran badan, mengira, membuat pola, memotong kain, mengenali mesin, mengendali mesin, menjahit pakaian langkah demi langkah hingga siap sepasang baju kurung yang cantik. Akhir sekali disudahi dengan kemasan leher (mata lalat).

1. Terlebih dahulu memberi penerangan dan pengenalan tentang jahitan.


2. Mempelajari cara-cara mengukur ukuran badan, membuat kiraan tertentu,
dan kemudian melukis pola baju atas kertas.


3. Cara-cara memotong atau menggunting kain.


4. Mula mengendali mesin dan mempelajari teknik menjahit dengan kemas.



5. Kemasan akhir dan jahitan mata lalat.



6. Pakaian peserta yang telah siap dijahit dalam masa dua hari.



7. Gembira dengan sijil yang diperolehi, menandakan kursus tamat.


Komen peserta:
http://missjaja.blogspot.com/2011/05/mata-lalat.html

Terima kasih Jaja. Kak Yati doakan agar Jaja maju jaya dan sentiasa berusaha jadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin.


Untuk menyertai bengkel, sila baca entri terbaru (klik sini) kami.

Harap maklum.