12 Mei 2009

Ok tak baju saya?


"Saya dah rekemen cara akak mengajar saya menjahit pada kawan-kawan. Kalau mereka setuju, akak boleh datang lagi?" demikian luahan salah seorang peserta saya. Sebab menurutnya lagi cara saya mengajar amat mudah diikuti. Tambahan pula dah banyak kali dia belajar, baru kali ini dia benar-benar dapat buat baju sendiri.

Kata-katanya benar. Semasa saya ke rumahnya untuk kelas bagi hari kedua dan terakhir, dia unjukkan kepada saya sepasang lagi baju yang baru disiapkan. "Ini saya baru buat. Ok tak?"

Hati siapa tak rasa gembira, jika apa yang diajar telah berjaya dipraktikkan oleh pesertanya. Begitulah saya... saya bukan saja gembira malah amat bersyukur kepada Allah kerana ilmu jahitan yang saya ada telah berjaya diikuti dengan baik oleg peserta kelas saya.

Saya berdoa mudah-mudahan dengan ilmu yang telah saya curahkan itu, akan memberi erti yang amat besar kepada kehidupan mereka. Amin.

05 Mei 2009

Kelas-kelas Jahitan di Shah Alam dan KL


Alhamdulillah, walaupun saya dah lama tak up-date blog, namun ramai yang telah menghubungi saya dan telah berjaya menamatkan kelas dengan saya.

Kebanyakannya kaum ibu yang sudah ada kedai sendiri dan ada juga suri rumah sepenuh masa.

Kelas-kelas telah diadakan di tempat atau rumah mereka. Ada di Shah Alam dan ada di sekitar Kuala Lumpur. Biasanya pada hari sabtu daripada jam 9.30 pagi hingga 5 petang.
Ada yang berjaya menamatkannya dalam masa sehari sahaja dan ada yang berlanjutan hingga dua hari (dua kali sabtu).

Saya bersyukur kerana dengan ilmu yang saya ada, saya dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran menjahit dan seterusnya dapat menjadikan ia satu kelebihan diri...

01 Ogos 2008

Saya tidak tahu menjahit langsung!


Seorang surirumah emel kepada saya soalan berikut:

Saya berminat untuk belajar menjahit tetapi masalah saya ialah tidak ada langsung asas menjahit. Saya tidak tahu menjahit langsung! Jadi boleh ke saya mahir menjahit dalam masa 2 atau 3 hari ? Apa pandangan puan? Sila jawab melalui email juga. Sekian, terima kasih.

Taman Medan, Petaling Jaya

Jawapan saya:
Tujuan saya mengadakan kelas jahitan ialah untuk membantu kaum wanita pandai menjahit. Bila selalu menjahit barulah datang kemahiran.

Pengalaman saya, hampir 95% peserta saya langsung tidak tahu menjahit (sebenarnya tidak pernah 'pegang' mesin...), tapi setelah diberi keyakinan akhirnya mereka boleh menjahit sepasanag baju kurung dengan baik. Cuma perlu lebih banyak latihan supaya jahitannya lebih kemas.

Tapi mereka telah memulakan langkah. Dan saya selalu berpesan supaya mereka terus menjahit, sekurang-kurangnya baju anak-anak sendiri. Alhamdulillah, khabar terbaru saya dengar ada jiran mereka dah minta mereka jahit baju kurung untuk anak-anak jiran mereka.

Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pembelajaran dan menjimat masa (sebab kelas ini berbayar), saya amat galakkan bakal pelajar biasa-biasakan diri menjahit. Jahitlah secara jahit lurus dulu, untuk membiasakan pergerakan kaki dan tangan bermain mesin.

09 Mei 2008

Kelas Jahitan di Rumah Anda


Banyak permintaan agar saya menganjurkan kelas jahitan ke rumah-rumah. Terima kasih atas sambutan yang diberikan.

Penganjuran Kelas jahitan di rumah-rumah....
* Baju Kurung
* Baju Kebaya
* Baju Melayu

KAWASAN
Kuala Lumpur - Shah Alam - Petaling Jaya - Kuala Selangor

HARI / JUMLAH JAM BELAJAR
Keutamaan pada hujung minggu dan hari cuti umum.

1. Baju Kurung - 12 jam (2 hari)
2. Baju Kebaya - 18 jam (3 hari)
3. Baju Melayu - 24 jam (4 hari)

BAYARAN
1. Baju Kurung - RM250
2. Baju Kebaya - RM350
3. Baju Melayu - RM500

BAYARAN TAMBAHAN
* Bayaran tambahan sebanyak RM20 - RM40 sehari (pengangkutan) akan dikenakan sekiranya peserta terpaksa menambah jumlah hari belajar.

JUMLAH PESERTA
Antara 1 - 3 orang.
* Bagi peserta tuan rumah (yang bersedia menjadikan rumahnya sebagai kelas jahitan berkumpulan), diskaun 10% akan diberikan.

PERALATAN
Peralatan jahitan seperti mesin jahit disediakan. Walau bagaimanapun, peserta digalakkan memiliki mesin jahit sendiri di rumah bagi memudahkan membuat latihan.

JIKA anda berminat atau ingin bertanya dengan lebih lanjut, emel kepada tikfashion@yahoo.com

24 Mac 2008

Kelas INTENSIF Menjahit Baju Kurung - Jadual Baru


Atas permintaan ramai, jadual Kelas Intensif Menjahit Baju Kurung (dua hari) adalah seperti berikut:

Tarikh:
3 - 4 Mei 2008 (Sabtu - Ahad)

Masa: 9 pagi – 5 petang (Jadual lengkap diberi pada hari pendaftaran)

Tempat: Dewan Seminar Kompleks Balai Islam,
Masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Jangka masa setiap kelas: 2 hari

Puan Norhayati yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang jahitan, akan memberi tunjukajar khusus sehingga anda mampu menyiapkan sepasang baju kurung dalam masa dua hari sahaja!

Siapa Patut Hadir?

* Tidak kira sama ada anda seorang suri rumah atau berkerjaya hebat, asalkan ada minat dan bersedia untuk belajar.
* Jadikanlah bidang jahitan sebagai suatu hobi baru anda yang menarik dan mencabar... atau salah satu cara anda menambah pendapatan keluarga.

Apa Keistimewaan Kelas Ini?

* Bilangan peserta yang terhad (5 orang sahaja bagi satu sessi kelas selama dua hari)
* Sistem pembelajaran yang mudah tapi efektif
* Setiap peserta akan diberi tunjukajar dengan jelas dan sama rata.

Peralatan Yang Disediakan:

* Mesin jahit, peralatan menggunting dan menjahit
* Bahan-bahan asas: zip, pencangkuk, benang, butang, span baju, kain pinggang, pembaris.
* Kain
* Fail Nota

Yuran: RM250 (termasuk makan, sijil, kain, nota)

Pendaftaran:
Pendaftaran boleh dibuat dengan emel nama, alamat, nombor telefon kepada: tikfashion@yahoo.com atau sms ke talian 013 3391361.

Setiap penyertaan hendaklah disertakan bayaran penuh atau pendahuluan RM100, dan dinasihatkan pembayaran terus ke akaun Maybank 1621332380977 (Norhayati Ismail).

Harap dapat emel / sms bila pembayaran telah dibuat (nyatakan nama, tarikh dan masa bayaran dibuat).

Penyertaan ditentukan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Sekiranya pendaftaran melebihi 5 orang bagi sessi tertentu, maka kelas bagi peserta keenam dan seterusnya akan ditetapkan pada minggu berikutkan.

Bagi peserta yang tinggal di luar Kuala Lumpur, ada kemudahan bilik penginapan dengan kadar sewa yang amat berpatutan. Untuk tempahan, hubungi pejabat Kompleks Balai Islam (03-7728 2127).

(UNTUK MAKLUMAT TERKINI, HARAP DAPAT RUJUK ENTRI TERBARU ATAU HUBUNGI SAYA - 013 3391361)