23 Mac 2011

Bengkel Intensif Jahitan Baju Kurung: 7 - 8 Mei 2011


PROGRAM
: Bengkel Intensif Jahitan Baju Kurung

Hari: Sabtu dan Ahad / 7 & 8 Mei 2011

MASA: 8.30 pagi – 5.00 petang (rehat: 1 – 2 petang)

TEMPAT: Bilik Conferen 3, Kompleks Balai Islam,
Masjid Al Ghufran, Tmn Tun Dr Ismail.
(03-77282127 / www.masjidalghufran.com.my)


PESERTA:
i. Afida (Kota Damansara)
ii. Zee (USJ)
iii. Miza (Johor Bahru)
iv. Zaheera (Shah Alam)
v. Norhana (Kota Damansara)
vi. Jamilah (Selayang)

Peralatan yang disediakan:
a. Mesin jahit,
b. Peralatan memotong dan mengukur

Peralatan yang perlu dibawa:
a. Kain cotton 4 meter (kain bidang 45"),
b. Benang sama warna kain (background kain),
c. Benang sama warna dengan bunga kain untuk siapkan mata lalat
d. Zip 8 in (sama warna kain).

...........................................................................................................
Peringatan:
Siri BENGKEL BAJU KURUNG:
* Bulan Jun / 4 & 5 hb (Sabtu dan Ahad) : Shah Alam (tempat akan diberitahu kemudian)
* Bulan Julai / 2 & 3 hb (Sabtu dan Ahad) : Kajang (tempat akan diberitahu kemudian)
............................................................................................................

21 Mac 2011

Pertanyaan sebelum beli mesin jahit


Setiap kali sebelum memulakan kelas dengan peserta baru, saya akan bertanyakan peserta sama ada mereka ada memiliki mesin jahit atau belum. Walaupun, ia bukan syarat untuk belajar dengan saya, tapi ia satu kelebihan dan amat mustahak jika peserta ada mesin jahit sendiri. Ini kerana ia dapat memudahkan peserta mempraktikkan semula pelajaran yang diajar.

Tanpa mesin jahit di rumah, peserta tidak dapat mempraktikkan semula ilmu jahitan yang telah dipelajari. Lama kelamaan, peserta akan lupa dan akhirnya hilang semangat untuk meneruskan jahitan.


Ada beberapa jenis mesin jahit yang boleh digunakan untuk belajar menjahit. Antaranya mesin jahit mudah alih (portable), mesin jahit industri (high speed), mesin jahit tepi.
Sebelum membeli mesin-mesin jahit tersebut, elok dibuat beberapa pertanyaan kepada diri sendiri.

Antaranya:

• Apa yang saya nak jahit?
Mengapa saya ingin membeli mesin jahit ini?
• Berapa harga mesin jahit yang sesuai?
• Apa kelebihan mesin jahit ini?
• Adakah saya akan dibekalkan maklumat / tunjukajar oleh jurujual?


Secara umumnya, jika anda ingin belajar menjahit, usah beli mesin jahit industri dulu. Kerana ia laju dan tidak sesuai bagi mereka yang baru ingin belajar menjahit. Peserta yang baru belajar menjahit biasanya sukar mengawal kelajuan pergerakan mesin ini. Lagipun harganya juga mahal (biasanya lebih RM1,500 sebuah).

Mesin jahit industri ini sesuai digunakan oleh mereka yang sudah mahir dan cekap menjahit. Mesin jahit industri dapat menjahit pakaian atau langsir dan sebagainya dengan cepat dan pantas, serta dapat digunakan utnuk jangka masa jahitan yang panjang.

Bagi mereka yang baru ingin berjinak dalam dunia jahitan, saya lebih syorkan anda membeli mesin jahit mudah alih elektrik kerana ia lebih mudah dikawal. Senang dibawa ke mana-mana.

Lagipun mesin jahit jenis ini ada banyak fungsi tambahan selain jahit lurus. Antaranya untuk jahit sulam (pelbagai paten), jahit zigzag, membuat lubang butang, dan sebagainya.


Mesin jahit mudah alih ini juga sesuai bagi mereka yang ingin belajar menjahit langsir. Walau bagaimanapun ada mesin jenis ini kurang lasak. Ia akan bergegar bila kita menjahit kain tebal atau kain langsir.


Manakala mesin jahit tepi pula berguna untuk menjahit tepi kain. Ada antara kedai jahit menyediakan perkhidmatan menjahit tepi kain dengan upah yang berpatutan. Bagi mereka yang berada jauh dari kedai jahit, elok memiliki sendiri mesin jahit tepi.


Walau pun saya ada menyediakan pakej menjual mesin jahit, tapi saya tidak menghalang jika ada peserta saya ingin membeli sendiri mesin jahit mengikut citarasa masing-masing.

Cuma jika ingin beli sendiri, saya ingin berpesan supaya beli di kedai yang menjual mesin yang berdekatan dengan kediaman anda bagi memudahkan anda mengunjunginya jika ada masalah. Selain daripada itu, pastikan jurujual memberi tunjukajar cara-cara bagaimana untuk menggunakan mesin jahit dengan betul.


Ada antara peserta saya yang membeli mesin mudah alih semata-mata atas nasihat jurujual. Sudahlah harganya mahal (menyamai harga mesin industri), ada antara mereka pula tidak diberi tunjuk ajar dengan betul oleh jurujual termasuk bagaimana cara nak pasang jarum. Melainkan dipesan supaya rujuk katalog. Ada juga yang membeli mesin jahit berkomputer.


Saya tidak berapa gemar mesin-mesin jahit yang terlalu canggih ini. Kerana saya sendiri tidak mahir menggunakannya.

Apabila ada peserta yang terbeli mesin jahit yang agak canggih atau jenis mesin jahit yang di luar kebiasaan saya, akan menjadi masalah bagi saya untuk memberi tunjukajar bagaimana menggunakan mesin. Ini kerana saya terpaksa membaca dahulu katalognya, mencuba dan mencuba, dan baru menerangkannya kepada peserta. Lain mesin, lain pula katalognya. Ini akan menyebabkan banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar menjahit terpaksa digunakan untuk belajar menggunakan mesin.


Sebab itu, amat penting peserta mendapat maklumat dan tunjukajar secukupnya tentang penggunaan mesin jahit daripada jurujual. Perlu diingat, mesin jahit yang mahal tidak semestinya menjanjikan kita dapat menjahit dengan baik.

Ada mesin jahit yang berjenama dan mahal harganya, tapi bila menjahit jenis kain tebal, ia akan bergegar. Ada mesin jahit yang tidak berjenama dan murah pula harganya tapi dapat memberikan hasil jahitan yang baik dan memuaskan, termasuk menjahit langsir.


Pesanan kepada bakal peserta saya, jika anda ingin membeli mesin jahit sendiri, jangan segan menelefon saya untuk meminta panduan membeli mesin jahit yang sesuai.

Sebagai panduan ringkas mengenai harga mesin jahit yang sesuai adalah seperti berikut:
• Mesin jahit mudahalih: antara RM650 - RM900
• Mesin jahit industri: RM1500 - RM2000
• Mesin jahit tepi: RM1100 - RM1500

Manakala bagi peserta yang ingin meminta saya membelikan mesin jahit untuk mereka, harap dapat hubungi segera saya, selewat-lewatnya seminggu sebelum kelas bermula.

24 Januari 2011

Jahitannya cantik dan kemas


“Cantik dan kemas jahitan ni,” tanpa sedar saya pernah memuji hasil kerja beberapa peserta saya. “Kalau selalu praktis, boleh terima tempahan ni.”

Kadang kala saya seakan tidak percaya mereka dapat menjahit dengan baik dan kemas. Lebih-lebih lagi kerana saya sedar itulah kali pertama mereka mula memberanikan diri menggunting baju dan menggunakan mesin jahit.

Iya, biasanya satu atau dua jam pertama kelas dihabiskan dengan latihan tertentu, antaranya sedikit pengenalan tentang peralatan jahitan dan mesin (bagi mereka yang tidak pernah belajar jahitan), selain peserta sendiri diberi peluang berlatih mengguna dan mengawal pergerakan mesin. Diikuti cara mengukur berdasarkan ukuran badan sendiri dan menggunting, seterusnya menjahit baju sehingga siap.

Ini membuatkan saya sedikit bangga dan bersyukur kerana peserta saya dapat mengikuti kursus jahitan saya dengan jayanya.

Akhirnya saya sedar bahawa saya bukan sekadar mengadakan kursus jahitan intensif selama 2 hari kepada mereka, menerima bayaran dan pulang.

Tetapi lebih daripada itu, saya juga harus sedar bahawa tugas saya yang lebih mencabar ialah mengcungkil kebolehan yang selama ini terpendam dalam diri setiap peserta saya.

Selagi mereka tidak mencuba untuk belajar menjahit, selama itulah kebolehan istimewa mereka ini akan tersimpan begitu saja.

Alangkah ruginya…

10 Januari 2011

Bengkel Intensif Jahitan Baju Kurung - Mei/Jun/Julai 2011


1. Sejak akhir-akhir ini terlalu ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan tempat atau kelas intensif jahitan baju kurung pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Malangnya hanya 4 orang peserta saja yang mampu saya kendalikan pada setiap bulan.

2. Manakala pada hari kerja (weekdays), saya hanya dapat mengadakan kelas ke rumah peserta bagi mereka yang tinggal berhampiran tempat saya saja. Atau jalan kedua ialah mereka sendiri yang datang belajar di rumah saya. Itupun jika mereka juga tinggal berhampiran dengan rumah saya.

3. Sehubungan itu, bagi memberi peluang lebih ramai dapat mengikuti kursus intensif ini, saya akan mengadakan program khas setiap bulan seperti berikut:

PROGRAM: Bengkel Intensif Jahitan Baju Kurung

Hari: Sabtu dan Ahad minggu pertama

MASA: 8.30 pagi – 5.00 petang (rehat: 1 – 2 petang)

TEMPAT:
Bulan Mei: Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail.
Bulan Jun: Shah Alam
(tempat akan ditentukan kemudian)
Bulan Julai: Kajang (tempat akan ditentukan kemudian)

PESERTA:
Antara 5 - 6 orang sahaja.

YURAN: RM250 (termasuk makan tengahari, nota dan sijil)

4. Peralatan yang disediakan:
a. Mesin jahit,
b. Peralatan memotong dan mengukur

5. Peralatan yang perlu dibawa:
a. Kain cotton 4 meter (kain bidang 45"),
b. Benang sama warna kain (background kain),
c. Benang sama warna dengan bunga kain untuk siapkan mata lalat
d. Zip 8 in (sama warna kain).

6. Bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi saya (013 339 1361) untuk membuat tempahan tarikh.

7. Peserta yang ingin mendaftar disyaratkan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM50 ke akaun Maybank 162133238097 (atas nama Norhayati Ismail) dan catat emel: tikfashion@yahoo.com. Wang ini tidak akan dipulangkan sekiranya peserta membatalkan hasrat belajar tanpa alasan yang kukuh.

8. Lain-lain perkhidmatan:
• Kami juga menjual mesin jahit, pakej kain cotton berserta benang dan zip, peralatan mengukur dan menjahit dengan harga yang berpatutan.


18 Disember 2010

Langsir untuk rumah ibu

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini ramai yang mengambil kursus asas jahitan langsir. Ramai lagi yang bertanya itu dan ini tentang kursus langsir ini.

"Sekarang upah tempah langsir pun mahal. Lebih mahal dari belajar dengan akak ni. Itu tak termasuk harga kainnya lagi," seorang peserta saya memberitahu sebab beliau ingin sangat belajar menjahit langsir.

"Suami galak saya belajar menjahit langsir. Banyak tempat beliau selidik, terutama website yang mengajar jahitan. Ada yang yurannya sama dengan akak tapi kursusnya sehari saja. Itu dah kira terlalu intensif," beritahu seorang peserta saya yang lain. "Orang baru belajar menjahit macam saya ni tak confident pulak nak ikut kursus seintensif itu."

"Setiap orang pengajar atau sekolah jahitan ada cara mengajarnya yang tersendiri. Cuma saya memilik mengadakan kelas selama 3 hari untuk mengajar langsir ni kerana saya mahu setiap peserta saya betul-betul faham kesemua 12 paten langsir yang saya ajar dan boleh buat sendiri selepas mempelajarinya," balas saya.

"Insya-Allah, kira-kira dua atau tiga bulan lagi saya nak ambil pula kursus menjahit baju kurung dengan akak," katanya.

"Mengapa kena tunggu dua atau tiga bulan?" soal saya ingin tahu.

"Sebab saya nak siapkan dulu langsir-langsir baru rumah saya ni. Bila akak datang sekali lagi, kesemua langsir rumah saya ni langsir baru yang saya jahit sendiri," jawabnya.

"Alhamdulillah," balas saya tersenyum.

"Lepas langsir baru rumah saya ni siap, saya nak jahit pula langsir baru untuk rumah mak," katanya lagi penuh ceria.

"Alhamdulillah..." kata saya bertambah panjang.

Saya benar-benar terharu kerana ilmu yang saya ada telah membantu seorang anak untuk berbudi kepada ibunya.

Pesan saya, carilah keberkatan hidup di dunia ini melalui kegembiraan yang mampu kita lakukan untuk kedua orang tua kita, selagi mereka masih ada.


Untuk menyertai bengkel, sila baca entri terbaru (klik sini) kami.

Harap maklum.