22 Jun 2011

Senarai Peserta Bengkel Baju Kurung: 2 & 3 Julai 2011

Berikut adalah senarai nama peserta bagi Bengkel Intensif Baju Kurung
Pada: 2 & 3/Sabtu & Ahad
Tempat:
Balai Raya JKKK, Bt 13 Jalan Cheras, Kajang.

[ Lokasi bengkel ditukar dari Dewan Surau Taman Mesra ke Balai Raya JKKK, Bt 13 Jalan Cheras, Kajang.

PANDUAN LOKASI:
Balai Raya JKKK ini terletak di belakang Shell di Jalan Cheras. Balai Raya ini sama jalan (Jalan Sungai Sekamat) ke Sek Men Agama Persekutuan; kedudukan jalan antara Taman Mesra / Taman Delima.
Rujuk Google Map : "Jalan Sungai Sekamat, Kajang."]


Nama Peserta:

i. Atikah (Balakong)
ii. Husna (Bt 9)
iii. Mazlina (Bt 9)
iv. Badariah (Bt 9)
v. Nur Hidayah
(Tmn Teknologi Kajang)
vi. Aina Suraya (Bukit Mewah)

Peralatan yang disediakan:
a. Mesin jahit,
b. Peralatan memotong dan mengukur

Peralatan yang perlu dibawa:
a. Kain cotton 4 meter (kain bidang 45"), sebaiknya jangan kain jenis yang lembut.
b. Benang sama warna kain (background kain),
c. Benang sama warna dengan bunga kain untuk siapkan mata lalat
d. Zip 8 in (sama warna kain).

Peta Balai Raya JKKK



View Larger Map

19 Jun 2011

Bengkel Jahitan Ke-3: Jahitan sebagai hobi



Alhamdulillah, saya baru saja selesai mengendalikan bengkel intensif baju kurung kali ketiga yang dihadiri seramai tujuh orang peserta.

Kali ini peserta paling jauh adalah dari Bentong, Pahang. Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Na, seorang yang sangat friendly. Walaupun beliau mempunyai jawatan yang sangat selesa, tapi mempunyai minat yang begitu tinggi untuk belajar menjahit.

"Kak Na ingin belajar menjahit sebagai hobi," katanya.

Benar, menjahit patut dijadikan hobi bagi setiap wanita tidak kira mereka berkerjaya tetap atau seorang suri rumah. Ia satu hobi yang menguntungkan. Apa tidaknya, hobi yang dapat menambah koleksi pakaian keluarga kita dengan kos yang sangat murah!

Bayangkan, seminggu kita bergelumang dengan kerjaya masing-masing. Jadi apa salahnya pada hujung minggu, kalau kita tak ke mana-mana, kita tukar sekejap profesyen yang telah lama kita sandang ini, dengan berjinak-jinak dalam dunia jahitan yang baru saja kita pelajari ini.

Siapa tahu, daripada hanya sekadar hobi hujung minggu, mungkin ia boleh menjana pendapatan baru untuk kita...

Foto di atas dan foto-foto berikut ini adalah suasana ceria yang sempat dirakam semasa berlangsungnya bengkel jahitan kali ke-3 yang telah diadakan di Dewan Konferen Masjid Al Ghufran TTDI, KL .











16 Jun 2011

"Okey tak jahitan saya?"


Saya baru saja menerima satu emel daripada salah seorang peserta saya, bernama Iza, yang pernah mengikuti bengkel baju kurung. Antara lain, emelnya seperti berikut:

Saya balik kampung minggu lepas ada tunjuk baju yg saya jahit pada mak saya.

Lepas tu saya ada juga tunjuk pada mak bagaimana nak buat bahagian tengkuk baju (yang pakai kertas gam tu, sebab mak saya buat baju tak pakai kertas gam)
.

Lepas ni kalau ada kursus jahit blouse ke, atau kursus jahit langsir (tapi simple langsir) InsyaAllah saya berminat nak ikut.


Ulasan saya:

Alhamdulillah, saya sangat gembira kerana ilmu yang saya berikan telah dimanfaatkan oleh Puan Iza dengan sebaik mungkin, terutama kepada ibu sendiri.

Sesungguhnya seorang anak yang sentiasa berbakti dan mengembirakan hati ibunya, sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

12 Jun 2011

Mengapa Anda Ingin Belajar Menjahit?


Secara umumnya, daripada sesi sembang-sembang saya bersama para peserta, saya dapat simpulkan tujuan mereka belajar menjahit kepada tiga sebab.

1 Hobi

Mereka belajar kerana minat dan ingin menjadikannya sebagai hobi atau mengisi masa lapang. Kebanyakan mereka adalah yang sudah ada kerjaya yang baik atau yang sedang belajar seperti dua peserta terbaru saya yang kini sedang mengikuti pengajian Farmasi di peringkat Sarjana.

2 Keperluan

Kebanyakan mereka, walaupun sudah ada kerjaya tapi turut belajar kerana ingin menyediakan keperluan pakaian keluarga dengan sebaik mungkin.

Bayangkan bagi mereka yang ada empat anak perempuan, dan termasuk diri sendiri, dah jadi lima orang semuanya; jika setiap orang perlu sepasang baju kurung untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma beberapa bulan lagi, berapa banyak perbelanjaan yang perlu disediakan?

Jika sepasang baju, perbelanjaannya RM50 (kain + upah jahitan), maknanya sekurang-kurangnya kos untuk lima pasang baju kurung untuk menyambut raya kali ini adalah RM250!

Dan dengan jumlah RM250 sahaja sebagai pelaburan awal (yuran belajar menjahit baju kurung), insya-Allah kita akan dapat menjahit baju kita sendiri dan baju kurung anak-anak sebanyak dan sesuka hati kita!

3 Kerjaya

Ada juga yang belajar menjahit sebagai persediaan untuk menjadikan bidang jahitan sebagai kerjaya baru. Ini yang paling ramai.

Kebanyakan mereka adalah suri rumah, namun ramai juga yang sudah ada kerjaya baik tapi bercita-cita sama ada untuk melakukan dua kerja dalam satu masa atau ingin menukar kerjaya ke bidang perniagaan. Syabas!

Untuk mereka semua, saya amat menggalakkan supaya mereka menambah kemahiran dengan sentiasa mencuba stail jahitan yang pelbagai. Ia boleh diperolehi dengan cara sentiasa menjahit atau menambah ilmu jahitan dengan sentiasa menghadiri kursus jahitan.

Saya sendiri mengikuti kelas jahitan secara formal, setelah beberapa tahun terlibat dalam dunia jahitan. Pengalaman saya menjahit bertahun-tahun diperkemaskan lagi dengan padanan silibus ilmu jahitan yang saya pelajari. Manakala ilmu jahitan yang dipelajari, saya permudahkan lagi dengan pengalaman menjahit yang saya ada.

Hasilnya, pengalaman menjahit yang lama dan ilmu jahitan yang dipermudahkan itulah saya adun dan susun semula, dengan harapan setiap peserta saya akan dapat “khatam” kursus dua hari dengan jayanya.

Walau apapun tujuan anda belajar, yang penting belajarlah bersungguh-sungguh dan sepenuh hati. Insya-Allah, yang susah akan jadi senang jika kita ada kemahuan yang kuat.

Luangkan masa yang ada pada hari ini untuk belajar demi mencari keuntungan pada hari esok.

06 Jun 2011

Senarai Peserta Bengkel Baju Kurung : 18 & 19 Jun 2011

Berikut adalah nama peserta yang akan mengikuti Bengkel Intensif Baju Kurung, pada 18 & 19/Sabtu & Ahad.
Tempat: Dewan Konferen 3, Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran, Tmn Tun Dr Ismail.
(Tel: 03-77282127 / www.masjidalghufran.com.my)

i. Normah (Flora Damansara)
ii.
Kak Naziah (Bentong)
iii.
Norhana (Kota Damansara)
iv.
Zakiah (Sg Penchala)
v. Mariani (Taman Kasih)
vi. Fauziah (Kajang)


Nota:
Zakiah (Sg Penchala) harap dapat hubungi saya segera untuk pengesahan.

05 Jun 2011

Bengkel Jahitan Ke-2: Bila selalu praktis...

Ada dua pesanan atau ingatan yang saya amat suka berikan kepada setiap peserta, sama ada yang mengikuti bengkel atau individu iaitu:

1. Selalu praktis ilmu jahitan yang telah saya ajar. Sekiranya terlalu sibuk dengan urusan kerja harian sekalipun, jangan biarkan masa senggang terlalu lama daripada praktis menjahit sehelai baju kurung. Apabila selalu mempraktis, jahitan akan menjadi bertambah baik dan kemas.

2. Sekiranya ada sebarang masalah tentang ilmu jahitan yang telah dipelajari, jangan segan hubungi saya dengan segera. Bagi yang berkelapangan, boleh juga datang ke rumah saya.

Ini kerana saya amat gembira apabila mengetahui seni jahitan anda semakin meningkat dan bertambah baik dan kemas.

Berikut adalah gambar-gambar Bengel Jahitan yang telah diadalah pada 4 dan 5 Jun lalu. Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan bengkel dengan sempurna.