Alhamdulillah, saya baru saja selesai mengendalikan satu lagi bengkel intensif baju kurung di Kajang. Inilah kali pertama saya mengadakan bengkel di luar Lembah Klang.
Dan inilah juga kali pertama saya mengadakan bengkel jahitan kepada peserta dari kalangan generasi muda - rata-rata mereka berusia antara 21 - 28 tahun! Sekali lagi saya bersyukur kerana berjaya menanam minat menjahit ke dalam jiwa "orang muda".
Pada hari pertama mereka agak perlahan mengikuti pembelajaran. Maklumlah, mereka tak pernah belajar menjahit. Kecuali seorang dua yang tahu jahit lurus. Namun sebaliknya pada hari kedua. Mereka agak cepat dapat menyiapkan jahitan bahagian kain.
Hasilnya bengkel berjaya tamat lebih awal daripada jangkaan.
Segulung tahniah dihulurkan kepada kesemua peserta muda saya! Jangan lupa praktis ilmu yang telah dipelajari dan jangan serik menambah ilmu dan pengalaman.
Berikut adalah suasana bengkel kali ke-4...
2 ulasan:
Assalamualaikum cikgu.. terima kasih sebab sudi ajar aina menjahit baju kurung.. cikgu ajar best sangat, senang je nak faham.. berkatkan ilmu yang cikgu ajarkan ye cikgu.. semoga kelas cikgu berkembang maju dan semoga cikgu happy2 selalu.. salam sayang dari aina.. :)
Waalaikumussalam Aina
Cikgu doakan Aina juga cemerlang dalam bidang yang diceburi di samping mahir juga menjahit. Menjahit itu ilmu tambahan yang amat berguna untuk masa depan kita. Salam sayang untuk Aina sekeluarga.
Catat Ulasan