31 Julai 2007

Menjahit Satu Seni


Siapa kata menjahit itu suatu kerja yang susah?

Menjahit amat mengasyikkan. Bahkan ia boleh juga menambah pendapatan.

Kemahiran menjahit berkait rapat dengan minat. Ada orang minat menjahit, tapi kurang mahir. Untuk mahir, kena tambah ilmu. Ada orang langsung tak minat menjahit. Baginya mengupah orang menjahit atau beli baju yang dah siap, lebih mudah.

Menjahit satu seni. Seni yang harus dipelajari setiap masa. Kemahiran akan datang dan bertambah dari hari ke hari...

Akan datang, saya akan ceritakan pengalaman saya mengajar kursus asas jahitan kepada beberapa orang surirumah yang juga jiran saya. Saya rasa begitu bangga dengan mereka, daripada langsung tidak tahu pegang jarum, kini mereka sudah boleh menjahit baju anak-anak dan diri sendiri. Bahkan sudah ada antara mereka yang telah menerima tempahan menjahit baju Melayu!

Tiada ulasan: