03 Ogos 2007

Menjahit Tidak Susah...

Bermula tahun 2002, saya telah membuka kelas jahitan di rumah. Alhamdulillah, dalam masa 5 tahun ini, seramai 15 orang wanita telah berjaya mengikutinya.

Daripada langsung tidak minat kerana merasakan menjahit itu amat susah, kini ada di antara mereka telah mampu menjahit baju keluarga dan diri sendiri. Malah lebih membanggakan saya, ada di antara mereka sudah berjaya mendapat "pulangan" hasil pelaburannya belajar dengan saya.

Antara yang agak menonjol ialah Ummu Habibah dari Langkawi telah menerima tempahan menjahit baju Melayu, Puan Fadilah (Bukit Beruntung) telah menjahit langsir rumah pengatin, begitu juga dengan Puan Rohaya juga telah menerima tempahan daripada jiran-jirannya.

Manakala Puan Hasnah (Gombak) pula telah mengorak langkah dengan mengadakan kelas jahitan untuk kenalannya.

Apa yang penting dan yang selalu saya ingatkan mereka, ialah LATIHAN YANG BERTERUSAN. Hanya dengan latihan sahaja, kemahiran dapat dipertingkatkan.

Untuk latihan menjahit, belilah kain yang murah2 atau kain mahal yang dijual murah2 yang saya namakan "kain kotak" kerana ia dilambak dalam kotak (iaitu kain-kain ela lebihan yang diletakkan dalam tong untuk tujuan jualan murah - asalnya kain ini ada kualiti dan berharga mahal).

Untuk belajar, jangan malu untuk beli kain yang terdapat dalam kotak2 ini. Kalau nasib kita baik, kita akan mendapat "kain kotak" yang cukup saiz untuk sepasang baju kurung kita. Pandai-pandailah pilih. Kain yang berkualiti dibeli dengan harga yang murah!

Ingat, orang hanya lihat pada kualiti baju yang kita pakai sahaja... dan kalau orang itu tanya "Berapa semeter?", janganlah jawab... cukup sekadar senyum sebagai jawapannya!

02 Ogos 2007

Kursus Jahitan Set Tidur


Objektif
1 Peserta dapat pengetahuan asas kaedah:
* mengambil ukuran
* merajah dasar
* memotong
* menjahit set tidur / kusyen dengan kemas

2 Memahirkan diri untuk membuat set tidur / kusyen untuk kegunaan rumah sendiri hingga mampu mengambil tempahan jahitan untuk menambah ekonomi keluarga.

Yuran
Runding

Tempoh Kursus
Selama 3 bulan (48 jam) atau maksima 4 bulan (dengan persetujuan penganjur).

Masa Belajar
Isnin - Jumaat: 9.30 - 11.30 pagi
3.00 - 5.00 ptg

Sabtu - Ahad: Bagi mereka yang bekerja (dengan persetujuan penganjur).

Sukatan Pelajaran
1 Cadar Beropol & Piping
2 Sarung Bantal
3 Kusyen
4 Alas Meja Beropol (round table cloth) * atau pilihan

Kursus Jahitan Langsir



KAEDAH PEMBELAJARAN:
1. Cara-cara mengambil ukuran
2. Jenis-jenis trek
3. Pemilihan jenis fabrik yang sesuai
4. Kiraan jumlah fabrik
5. Cara memotong fabrik
6. Cara menjahit

PAKEJ 1

YURAN: RUNDING

JENIS-JENIS LANGSIR:

1. Langsir Lurus
2. Langsir Beropol
* Cara membuat ropol
* Cara membuat tali pengikat
3. Langsir Valance - Dapur
4. Langsir Berbiku-biku
* Menggunakan pencil pleat tape
5. Langsir Bertali Pipih
6. Langsir Boxpleat (boxpleat Curtain)
7. Austrian Curtain
8. Langsir Royal Scallop
* Membuat Swag dan Tail

*************************

PAKEJ 2: LANJUTAN

YURAN: RUNDING

JENIS-JENIS LANGSIR:

1. Tie Scallop
2. Sunset Scallop
3. Victorian Rosset
4. Loose Scallop
* Cara membuat Rosset
* Cara membuat tie
* Cara membuat ribbon

(Untuk maklumat terbaru kelas, sila hubungi saya di 013 3391361 emel tikfashion@yahoo.com)

Kursus Jahitan Pakaian Lelaki

Objektif
1 Peserta dapat pengetahuan asas kaedah:
mengambil ukuran badan
merajah dasar pakaian
memotong
menjahit pakaian dengan kemas

2 Memahirkan diri untuk membuat pakaian sendiri dan keluarga hingga mampu mengambil tempahan jahitan untuk menambah ekonomi keluarga.

Yuran & Cara Bayaran
* Runding

Tempoh Kursus
Selama 3 bulan (48 jam) atau maksima 4 bulan (dengan persetujuan penganjur).

Masa Belajar
Isnin - Jumaat:
9.30 - 11.30 pagi
3.00 - 5.00 ptg

Sabtu - Ahad:
Bagi mereka yang bekerja (dengan persetujuan penganjur).

Sukatan Pelajaran
1 Kemeja Lelaki
2 Seluar Slek
3 Baju Raihan
4 Baju Melayu & Seluar
5 Jubah Lelaki

Kursus Jahitan Asas Baju Kurung

Objektif
1 Peserta mendapat pengetahuan asas kaedah:-
* mengambil ukuran badan
* merajah dasar pakaian
* memotong
* menjahit pakaian dengan kemas

2 Memahirkan diri untuk membuat pakaian sendiri dan keluarga hingga mampu mengambil tempahan jahitan untuk menambah ekonomi keluarga.

Yuran & Cara Bayaran

* Rujuk entri terkini di blog ini.

Tempoh Kursus
* Rujuk entri terkini di blog ini.

Masa Belajar
* Rujuk entri terkini di blog ini.

31 Julai 2007

Menjahit Satu Seni


Siapa kata menjahit itu suatu kerja yang susah?

Menjahit amat mengasyikkan. Bahkan ia boleh juga menambah pendapatan.

Kemahiran menjahit berkait rapat dengan minat. Ada orang minat menjahit, tapi kurang mahir. Untuk mahir, kena tambah ilmu. Ada orang langsung tak minat menjahit. Baginya mengupah orang menjahit atau beli baju yang dah siap, lebih mudah.

Menjahit satu seni. Seni yang harus dipelajari setiap masa. Kemahiran akan datang dan bertambah dari hari ke hari...

Akan datang, saya akan ceritakan pengalaman saya mengajar kursus asas jahitan kepada beberapa orang surirumah yang juga jiran saya. Saya rasa begitu bangga dengan mereka, daripada langsung tidak tahu pegang jarum, kini mereka sudah boleh menjahit baju anak-anak dan diri sendiri. Bahkan sudah ada antara mereka yang telah menerima tempahan menjahit baju Melayu!