24 Mac 2008

Kelas INTENSIF Menjahit Baju Kurung - Jadual Baru


Atas permintaan ramai, jadual Kelas Intensif Menjahit Baju Kurung (dua hari) adalah seperti berikut:

Tarikh:
3 - 4 Mei 2008 (Sabtu - Ahad)

Masa: 9 pagi – 5 petang (Jadual lengkap diberi pada hari pendaftaran)

Tempat: Dewan Seminar Kompleks Balai Islam,
Masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Jangka masa setiap kelas: 2 hari

Puan Norhayati yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang jahitan, akan memberi tunjukajar khusus sehingga anda mampu menyiapkan sepasang baju kurung dalam masa dua hari sahaja!

Siapa Patut Hadir?

* Tidak kira sama ada anda seorang suri rumah atau berkerjaya hebat, asalkan ada minat dan bersedia untuk belajar.
* Jadikanlah bidang jahitan sebagai suatu hobi baru anda yang menarik dan mencabar... atau salah satu cara anda menambah pendapatan keluarga.

Apa Keistimewaan Kelas Ini?

* Bilangan peserta yang terhad (5 orang sahaja bagi satu sessi kelas selama dua hari)
* Sistem pembelajaran yang mudah tapi efektif
* Setiap peserta akan diberi tunjukajar dengan jelas dan sama rata.

Peralatan Yang Disediakan:

* Mesin jahit, peralatan menggunting dan menjahit
* Bahan-bahan asas: zip, pencangkuk, benang, butang, span baju, kain pinggang, pembaris.
* Kain
* Fail Nota

Yuran: RM250 (termasuk makan, sijil, kain, nota)

Pendaftaran:
Pendaftaran boleh dibuat dengan emel nama, alamat, nombor telefon kepada: tikfashion@yahoo.com atau sms ke talian 013 3391361.

Setiap penyertaan hendaklah disertakan bayaran penuh atau pendahuluan RM100, dan dinasihatkan pembayaran terus ke akaun Maybank 1621332380977 (Norhayati Ismail).

Harap dapat emel / sms bila pembayaran telah dibuat (nyatakan nama, tarikh dan masa bayaran dibuat).

Penyertaan ditentukan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Sekiranya pendaftaran melebihi 5 orang bagi sessi tertentu, maka kelas bagi peserta keenam dan seterusnya akan ditetapkan pada minggu berikutkan.

Bagi peserta yang tinggal di luar Kuala Lumpur, ada kemudahan bilik penginapan dengan kadar sewa yang amat berpatutan. Untuk tempahan, hubungi pejabat Kompleks Balai Islam (03-7728 2127).

(UNTUK MAKLUMAT TERKINI, HARAP DAPAT RUJUK ENTRI TERBARU ATAU HUBUNGI SAYA - 013 3391361)

1 ulasan:

Tinn Tinn berkata...

ada buat kelas jahitan baju melayu tak? sy berminat nak blaja jahit baju melayu...