10 Julai 2010

Jom Belajar Jahit Baju Melayu


Saya mula belajar menjahit baju Melayu selepas berkahwin, kira-kira 25 tahun lalu. Itu pun lepas jenuh suami menyuruh. Kali pertama siap sehelai baju Melayu untuk suami, saya sendiri malu melihatnya, terutama pada bahagian kolar dan poketnya yang tidak kemas.

Walaupun suami membuat sedikit teguran, tapi beliau tetap memakainya ke surau. Ia sedikit sebanyak mendorong saya untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Saya mula bertanya kawan-kawan yang tahu menjahitnya.

Lama kelamaan, jahitan baju Melayu saya bertambah baik.Tahun demi tahun kemahiran bertambah seiring dengan kerapnya saya menjahit baju Melayu untuk suami dan anak-anak.

Hanya setelah saya mengikuti Kursus Jahitan di Desire Academy, barulah saya benar-benar berpuas hati dengan tahap jahitan baju Melayu saya.

Setelah tamat kursus selama setahun, saya mula mengadakan kelas jahitan di rumah saya. Kemudian, saya kembangkan lagi dengan mengadakan kelas-kelas jahitan dari rumah ke rumah. Diikuti dengan mengadakan bengkel-bengkel jahitan. Ia bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai kaum ibu mempelajari bidang jahitan.

Sebenarnya menjahit baju Melayu tidaklah sesukar mana jika kita tahu cara-caranya. Malah bagi saya ia suatu yang mencabar tapi menyeronokkan.

Pernah satu ketika, menjelang hari raya saya dapat menyiapkan 5 helai baju Melayu untuk suami dan anak-anak dalam masa tak sampai dua hari.

Alhamdulillah, walaupun rata-rata peserta saya hari ini memilih belajar menjahit baju kurung dan langsir, saya benar-benar berharap di masa akan datang, lebih ramai yang bersedia belajar menjahit baju Melayu. Malah ada di antara peserta saya yang telah menerimpa tempahan menjahit baju Melayu, antaranya Ummu Habibah dari Langkawi.

Jika anda ingin mengetahui cara-caranya, jom kita belajar menjahit baju warisan kebanggaan kita ini.














Untuk menyertai bengkel, sila baca entri terbaru (klik sini) kami.

Harap maklum.


11 ulasan:

Hilmi.Lynn.Hasya berkata...

salam..
akak,kelas utk menjahitt baju melayu takde ke?saya berminat utk belajar.

TikFashion berkata...

Insyallah, saya akan cuba rancang pada tahun depan.

ZAHA ZALY berkata...

salam .
saya baru belajar baju melayu tapi x kemas terutamabahagian kolar
boleh x berkongsi tip untuk buat kolar cekak musang yang cantik....

Admin berkata...

Website ni sgt bagus...tahniah admin kerana sudi berkongsi ilmu!Semoga Allah melimpahi anda dengan rezeki...ameen.

Cheers,
Belajar Cara Membuat Roti
Panduan Lengkap Menjahit Baju kurung
Sahkah Solat Anda? Ketahui 20 Kesalahan Membaca Al-Fatihah Di sini

Isah berkata...

saya berminat nak belajar menjahit baju melayu untuk suami dan anak..bilakah puan nak buat bengkelnya?

Unknown berkata...

Assalamualaikum...saya sangat teringin nak belajar menjahit baju kurung dan baju melayu tapi kalau nak dikatakan sebenarnya saya langsung tak pernah menjahit pun... ada ke puan mengadakan kelas menjahit untuk peserta yang kali pertama nak belajar macam saya ni? sekian..

Unknown berkata...

Assalamualaikum...saya sangat teringin nak belajar menjahit baju kurung dan baju melayu tapi kalau nak dikatakan sebenarnya saya langsung tak pernah menjahit pun... ada ke puan mengadakan kelas menjahit untuk peserta yang kali pertama nak belajar macam saya ni? sekian..

Unknown berkata...

Assalammualaikum puan...sy brminat sngt nk brlajar menjahit baju melayu...bagaimana cara sy hendak mngikuti kelas puan?

Tanpa Nama berkata...

Jika anda berminat untuk menambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit baju kurung moden atau baju melayu moden serta ingin menjahit baju sendiri, anda bolehlah belajar menjahit baju kurung moden dengan panduan ini yang lengkap dengan illustrasi, teks penerangan dan gambar sebenar yang menjadikan pembelajaran anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL.

Sila KLik Sini

Unknown berkata...

Assalamualaikum...Saya berminat untuk menjahit baju melayu...tidak ada kemahiran tetapi berminat... Ada tak kelas ini di Kuantan ?

Fadhil Friday.

Unknown berkata...

Dekat kolar tu bubuh ape ye nk bg keras tu..nk beli kt mane bnde tu..sy nk try jahit bju kawin sendiri..hihihi..baru la lebih sikit sentimental value...