09 Mei 2011

Bengkel Jahitan Pertama: "Sekarang baru saya enjoy menjahit."

"Pada peringkat awal, memang saya kabur tentang jahitan ni. Setelah bersabar mengikutinya, barulah saya enjoy," ulas salah seorang peserta Bengkel Intensif Jahitan Baju Kurung yang diadakan di Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail pada hujung minggu yang lalu.

Dunia jahitan sememangnya dunia yang baru bagi mereka. Melalui bengkel ini mereka mula belajar macam-macam tentang jahitan... kaedah mengukur ukuran badan, mengira, membuat pola, memotong kain, mengenali mesin, mengendali mesin, menjahit pakaian langkah demi langkah hingga siap sepasang baju kurung yang cantik. Akhir sekali disudahi dengan kemasan leher (mata lalat).

1. Terlebih dahulu memberi penerangan dan pengenalan tentang jahitan.


2. Mempelajari cara-cara mengukur ukuran badan, membuat kiraan tertentu,
dan kemudian melukis pola baju atas kertas.


3. Cara-cara memotong atau menggunting kain.


4. Mula mengendali mesin dan mempelajari teknik menjahit dengan kemas.



5. Kemasan akhir dan jahitan mata lalat.



6. Pakaian peserta yang telah siap dijahit dalam masa dua hari.



7. Gembira dengan sijil yang diperolehi, menandakan kursus tamat.


Komen peserta:
http://missjaja.blogspot.com/2011/05/mata-lalat.html

Terima kasih Jaja. Kak Yati doakan agar Jaja maju jaya dan sentiasa berusaha jadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin.


Untuk menyertai bengkel, sila baca entri terbaru (klik sini) kami.

Harap maklum.



5 ulasan:

Jaja® berkata...

nnt saya nak blaja buat blouse plak lah kak yati :)

Puan Norhayati Ismail berkata...

Insyallah akan saya usahakan Bengkel Blaus pada masa hadapan.

Hasnah berkata...

Puan,

Saya sgt berminat nak belajar menjahit.
Saya boleh menjahit baju kurung asas...sekarang saya nak belajar menjahit baju gown/dress/seluar kanak2....
Puan ada anjurkan kelas tak?

Puan Norhayati Ismail berkata...

Buat masa ni saya tumpukn bengkel jahitan baju kurung saja. Tp jika nak belajar jahit blaus, gown, lain2 boleh dtg belajar di rumah saya, pada weekdays pun boleh. Cal saya dulu.

www.omdani.com berkata...

Thanks YA.
Nanti Tak Coba Deh. Salam Kenal Ya.. Semoga Anda Mendapat Berkah. Karna Dah Berbagi Ilmu..